Salam
Linda nak tanya pada pengunjung disini, anda ada kenalan/ keluarga/ sahabat yg drive kereta Honda yg bernombor plate WJP4455? Kalau ada minta dia hubungi saya ye. Sbb apa? Sbb dia langgar kereta adik saya & terus cabut lari. Ni details kejadian ye:
Tarikh: 04/11/2009
Masa: 08.00++am
Pemandu: Wanita bertudung
Kereta: WJP4455 (Honda warna hitam)
Tempat: Roundbout yg dekat Stadium Shah Alam. Dia yg di lorong paling dalam pancung trus adik saya yg ada di lorong tengah. Mujur adik saya dan baby nye selamat (baby dok dlm car seat). Kalau jadi apa2 saya rasa saya yg pancung driver tu. hihihi. Tp paling kesal, pemandu wanita tu boleh cabut lari. Tak sangka wanita pn boleh buat mcm ni. Ingatkan lelaki je ada perangai mcm ni =D
Komen:
1. Semua org pun nk cepat tapi jgn smpi membahayakan org lain. Bg saya, pandu perlahan takpe, janji cekap (terutama wanita). Cekap tak bermakna anda terrer mencilok. Anda boleh bawa perlahan tp dok kt lane tepi sudah lah.
2. Kalau anda dh langgar kereta org, berhenti lah. Anda perlu bertanggungjawab. Tengok keadaan org & kereta yg awak langgar. Bkn cabut lari. Cuba bayangkan kejadiaan yg sama berlaku pada anda/ ibubapa/ anak/ keluarga. Apa perasaan anda?
Saya pernah terlanggar kereta masa keluar parking. Owner nye tiada tp saya tunggu smpi owner tu dtg. Sbb saya yg salah & perlu bertanggungjawab. Kalau benda kecik mcm ni pun ada tak boleh nk buat mcm mana anda nk ajar anak anda? Layak kah anda? Tak malukah pada diri sendiri? Mcm ketam ajar anaknya berjalan pulak kan kan? 3. Malas nk komen dh. Oittt Cik Wanita WJP4455, cpt le bayo. Takkan nk suruh kami check alamat awak kt JPJ kot? Wawawaaw....
Huh, letih dengar saya membebel? hihi... Linda kalu dpt ckp mmg non-stop ok. Jadi, lepas ni kalu keluar office/ rumah tgk2 ye nombor plate WJP4454 ye. Suruh dia contact kami. Sendiri buat, sendiri tanggung lah.
Akhir kata, maaf ye kalau kata-kata ni menyinggung perasaan ada secara langsung atau tidak langsung. Ni sekadar luahan perasaaan Linda je. Nk abaikan pn boleh. hihihi....
TQ sbb sudi membaca celoteh Linda ye ^___^